Monday, December 19, 2011

SimPAn Atau LuahKAn?


ish pening kepala aq ni..bila ada masalah jek,muka terus kerut seribu..huhu memang tak pandai nk sembunyikan perasaan betul..hmm cmne ek? orang kate kalau tak diluahkan, asyik disimpan dalam hati,  akhirnye nanti memakan diri..silap haribulan meletup, bom yang jatuh kat Hiroshima dan Nagasaki pon kalah..hahaha biasanya adik aq senang nk perasan yang aq tengah bad mood..hihihi yeah that's my sis..macam perkara yang berlaku hari ni..kengkawan aq lambat siap..aq pulak dah tunggu kat stesen bas..nk dijadikan kisah kiteorng kne tinggal dek bas..sebabyer dh smpai mase bas tu nk bergerak..sebelum tu aq dah ada perancangan sendiri..kononnyer nak beli surat khabar n beli air Dutch Lady Chocolate..uwaaaa akhirye rancangan aq gagal..memang terbaikla..nk menangis gak r..bukan dh nak yer, mmg dh nangis pon..huuuu terus jek aq call adik aq..borak2 ngn die sekejap..semata-mata nak meredakan diri seketika..hihiii tapi ada seorang  membe aq tanye.."kenapa sam? ada masalah ker? cerita lah?" jawapan yang aq mampu jawab hanyalah "tak de pape, cume geram dengan seseorng" hmm sori ye kawanku, aq xmampu nk luahkan kemarahan tu..nanti ada yang tersentap..aq xmampu nk luahkan macam mne lagi..haih =.=' aq ada gak terjebak ngn masalah yang melanda antara coursemate aq ngn membe aq sndri a.k.a roomate die..hmm xtau nk baikkn dierong cmne..skunk mmg dah tak sebulu langsung..asyik nak gaduh jek..haih..bak kate Atikah Rasid, xyahla kite nak masuk campur urusan orang lain..cukuplah sekadar mendengar luahan mereka sahaja..xpasal pasal aq yang jadi musuh baru dieorang..uwaaaaaa xnk cmtu..aq yang tersepit..apakah caranya mengatasi masalah ni????


Thursday, December 15, 2011

Nak Kurus..

5 HELAH UNTUK MENGURUSKAN BERAT BADAN 
Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda berjaya mengurangkan berat badan? 
1.Menghidu makanan-Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu. 
2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda-Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai. 
3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru-Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda. 
4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil-Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan. 
5.Ikat seutas benang pada bahagian perut-Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi. 

Sunday, December 11, 2011

TerKejut Den!

baru-baru ni saya mengenali seseorang di laman muka buku atau name popularnye 'facebook'..seseorang saya kira agak special kerana die adalah orang pertama yang begitu berterus-terang dan jujur..tapi sebelum kenal die dengan dengan lebih mendalam saya meminta sedikit tunjuk ajar dari seorng rakan..rakan yang boleh sifatkan begitu suka online dan mungkin dah menghadapi pelbagai orang di laman sesawang internet..saya utarakan mengenai orang tersebut..tenyata rakan ini sangat membantu..really thankful to her!!! hehehe kembali kepada topik asal :
orang yang saya baru kenali tu ajak saya keluar untuk bertemu dengannya..uwaaaaaa saaaannnggggaaattttt la takut..saya bukanlah jenis orang yang suka bertemu dengan insan yang tak dikenali tanpa sebarang urusan yang penting..tapi ini bukanlah masalah yang utama..apepon saya tolak ajakan die..the main point is dia ada bertanya satu soalan CEPU EMAS..tak pernah terlintas pon die akan tanye perkara tu..soalannya "awak pernah buat dengan lelaki?" oh no! saya sangat terkejut..kemudian saya tanya soalan yang sama kepadanya..ternyata die menjawab dengan begitu jujur..awalnya saya nak buat cool je..saya mengorek sedikit perihalnya..lama kelamaan saya tak mampu untuk bertahan..saya luahkan segalanya..die kate "awak tak kan dapat menerimanya" memang tepat sekali..umumnya semua orang tahu, melakukan perkara sedemikian adalah BERDOSA BESAR..cume saya berharap die berubah ke arah kebaikan..walau apepun saya rase sangat berterima kasih sebab die sudi berterus terang dengan saya..bak kata dr.Thomas Leong, adalah lebih baik kite mengetahui sesuatu perkara itu di awalnya..sekurang-kurangya tidaklah begitu pahit untuk menerimanya..heeee

untuk orang tersebut, "saya minta maaf sangat2..mungkin kerana membesar dalam persekitaran yang umumnya dikelilingi dengan rakan2 yang boleh dikategorikan baik, saya sukar menerima perkara tersebut..mudah-mudahan terbuka hati awak untuk berubah..hubungn kita tak kan pernah lebih daripada rakan di alam maya sahaja..saya xmampu nk face to face dengan awak..tapi kite tetap kawan..kalau nak chatting,saya layan jek..ok? "

sebagai pengajaran pada diri saya, kita kene menjaga diri dengan sebaiknya..tegakkan prinsip sendiri..utamanya agama perlu dijaga ,akhlak perlu dipelihara

Thursday, December 8, 2011

Makan Yok!!!

Resepi Kek Coklat


wahh tgk gmbr pun dah tertelan air liur..sedapppppyerrrrrrr!!!! nnt nk try buat lah..kt rumh la nnt..hehehe..nmpk mcm senang (nmpk jela kn) cuba belom lagi..hehehe jom kite mencuba bersama-sama.
Bahan-bahan kek coklat:
  • 250gm Butter
  • 3/4 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk kok
  • 1 cawan air atau susu cair
Bahan-bahan coklat cair atau topping
  • 1 sudu marjerin
  • 2-3 sudu susu pekat manis
  • 2-3 sudu serbuk kok
  • sedikit air
Cara buat kek coklat:
  1. 1. Bancuh serbuk kok dan air atau susu cair.
  2. 2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
  3. 3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
  4. 4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan kok tadi sambil terus memukul.
  5. 5. Kukus 45 minit.
Cara buat coklat cair untuk topping:
  1. 1. Cairkan 1 sudu marjerin.
  2. 2. Masukkan susu pekat manis dan serbuk koko
  3. 3. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
Siap…selepas kek masak, siram kek dengan coklat cair..boleh juga tabur coklat rice jika nak..wahh bestnya…sedap..trylah.

Jom Ikut Cara Pemakanan Rasulullah S.A.W

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.
Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.
Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.
Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.
Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.
Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.
Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.
Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”
Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.
Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.
Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang
makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Wednesday, December 7, 2011

BaRu AkU TaHu

Kemusykilan Mengenai Surat Berantai.
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh  Allah s.w.t. sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet.
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu.
Pertama dari segi isi.
Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasulallah dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat inikah atau AlQuran?
Kedua dari segi arahannya
Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak lansung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak., alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini secara halus:

 
Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya diedar 20 salinan, akan mendapat berkat, dan sekiranya engkar akan mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini.
Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilan syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.



 kebetulan tengah mencari maklumat mengenai hukum menutup aurat , dapat pulak hukum mengenai surat berantai..hmm rezeki rezeki!! dh banyak sms berantai yang aq pernah dapat dan ada jugak la yang aq ikut ape yg die suruh..contohnya kalau disebarkan kepada 10 orang, kita akan dimurahkan rezeki..haih tahyul sungguh...tapi aq wat gak..hahaha alamak!! Alhamdulillah sekarang bru jelas mengenainya..

Saturday, November 19, 2011

bEngaNg PluS SabaR

hmm macam yang dah berlaku sepanjang aq melayari kehidupan U..dengan assigment, test yang dh makin dekat, hal kengkawan, kelas KO-K yang xabes lagi...haduhaiiiiiii penatyer melayan semua tu..baru2 ni ada membe yang tersentap yang kate2 aq..sbnrye gurauan jek tp ntahla mungkin die dengar cam kasar sangat n die rase kteowng sume dok bahan die..hmm xtau nk ckp cmne lg..huhuhu nk kte rasa sedih pon ada..geram, marah ,bengang bercampur menjadi satu bile die post kt fb..dok canang satu Malaysia ape perasaan die ketika tu..hmm aq xde lah smpai camtu sekali, nk post kt dalam fb setiap ape perasaan atau perkara yang berlaku dalam kehidupan..perkara tu, aq langsung xkesahlah..tp yg menjadi aq ngn kengkawan lain menjadi bengang adalah statement die bler reply comment dr membe die..bunyiyer lebih kurang begini " dieorang asyik sms, call n ketuk2 bilik aq..malas nak layan..layan fb lagi bes"..kengkawan yg bce pon tros sama2 tersentap..sakit hati jadiyer..ada yang kte klu nak merajukxyahla nk tulis ayat camtu..seperti die mmeperlekehkan apa yang kteorng cube buat tuk pujuk die..elok2 nk pujuk tros xde mood n rse nk marah plak..haih =.=...pengalaman pertama selepas beberapabulan dok kt umah..hahhaha..nasib baik aq xwat perkara yang pernah aq wat pada 2 org sahabat aq yang dulu tu..Naz Elia Sofea n Atira Dzakir...haih klu aq wat lagi parah..dah tu plak mulut aq rse cam nk sindir2 n mencarut jek..tp xdelah smpai mengeluarkan ayat2 yang melampau kn???? hmm aq try didik diri jd orng yang sabar...huhuhu harapyer menjadilah kan misi tu..huhuhu..skunk die dah mintak maaf sbb tak layan kteowng mse tu..hmmm boleh ke dimaafkan..Insya-Allah boleh tu ttp boleh tapi biler mengingatkan ayat yang die tulis tu, pastiyer akan menjadi sedikit sukar untuk dilupakan..haih :-( mohon aq berjaya lupakannya..sebabyer aq ni seseorang yang cenderung untuk menjadi pendendam..hohoho serius menakutkan!!!!! xnak la klu cmtu.. 

Saturday, November 12, 2011

KehidUpaN iNi: berusaha lagi!!

KehidUpaN iNi: berusaha lagi!!: " Jangan berputus asa jika Allah melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan s...

berusaha lagi!!

" Jangan berputus asa jika Allah melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yand Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan akan dikabulkan pada waktu-waktu yang ditentukan oleh-Nya bukan waktu-waktu yang ditentukan olehmu "

 Pertama kali aq membaca ayat-ayat ini, aq sangat tertarik..Ia memberikan aq kekuatan untuk menempuhi segala rintangan yang mendatang..Tidak kira apa yang berlaku ada Allah di sisi..Dan Dia sentiasa memerhati dan memastikan setiap yang berlaku pada hambaNya ada hikmah yang menanti umtuk mereka yang sabar.. Ayat ni aq pernah berikan pada seorng sahabat yang begitu kecewa dengan keputusan peperiksaanya..Dia merasakan segala usaha yang dilakukan sebelum peperiksaan masih tidak dapat membolehkan dia mendapat keputusan yang lebih baik..Aq mengaharapkan die mengerti ayat ini..Ada juga aq berikannya kepada seorang rakan baik..Ternyata ayat itu dihantarkannya balik bila aq memberitahu aq gagal dalam temu duga..huhu sungguh die sahabat yang sangat baik!!

Sudah hampir 3 bulan aq di universiti, belajar subjek baru dalam bidang engineering..hmm satu bidang yang begitu aq kurang minat..aq tertanya-tanya kenapa aq dapat kos ni?? sedangkn dulu ambil sains hayat..terasa gusar di hati memandangkan aq x begitu meminati fizik..teringat kembali ayat kat atas tu, membuatkan aq berfikir sejenak..pasti ada hikmah disebaliknya..aq harus redha dan berusaha dengan kuat di samping berdoa..mungkin aq akan dapat sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan..hmmmm

Nabi S.A.W bersabda : "sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya" 


JOM KITA SEMUA BERUSAHA BERAMAI-RAMAI EK!! UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN ADA PENGORBANANAYA..

Saturday, October 29, 2011

Perginya Dia

hari ni aq kehilangan seorng nenek..nenek pertama yg meninggalkn kami setelah 3 org datuk yg terlebih dahulu menghadap Illahi..arwah meninggal dunia di Mekah..tempt suci umat Islam..ada kawan kte"tahniah" sbb ada antara ahli keluarga yg meninggal di tanah yg berkat..Alhamdulillah aq ucapkn..walaupun begitu,kami saudara mara tetap sedih memandangkan tak dapat menziarahi pusara arwah...pergi haji nnt brulah boleh melawat sekali..Insya Allah andai dimurahkan rezeki,diri ini ingin ke Mekah bersama ibu dan bapa..so knelah menabung dari sekarang..huhuhu seluruh ahli keluarga sebelah emak akan berkumpul di rumh nenek hari ini bagi mengadakan majlis tahlil..mudah-mudahan roh nenek berada dlm kalangan org yg beriman..sekurang-kurangyer ada pak cik di sana yg dpt menjaga dan melihat arwah di sana...sedihyer aq xdpt melihat arwah kali terakhir..kali terakhir berjumpa dengannyer pon sebelum masuk universiti..kira2 2 bulan yang lalu..masa nenek nk pergi haji pon tak dapat nak hantar memandangkan ada hal lain..apa yg pasti setiap yg hidup pasti menemui mati akhirnya..Akhir kata carilah amalan sebaik mungkin dan hargailah setiap insan yg berada di keliling anda..mana tahu mungkin selepas ini giliran mereka...

Tuesday, October 18, 2011

2 MinGGu yAng MenghuRu-HaraKan..

minggu test dh mula..huhu ntah kenapa diri ini rasa malas bebeno nk ulang kaji..haish :(
minggu ke-5,test CPP (chemical process principle) bermula..warghh sangggggatlah susssssaaaaah!!!


menangis aq blaja subjek tu..teringatt pulak masa blaja biologi kat matrikulasi dulu..sama situasi huuhu..
then test material science..hehe 'PAPA' ajar..bersemangat study subjek tu..haha bunyi mcm pilih kasih jek an..selang satu hari,test physical & inorganic chemistry..pon agak sush gak..hmmmmmmm
hari minggu ada test TITAS (tamadun islam & tamadun asia)..ada plak soalan tu tnye nama buku n nama pemgarang...aishh nasib baik le soaln objektif..bleh nganga aq kalau soalan subjektif..HARI NI,ada test mathematical engineering...punyelah malam sblm tu nk study,alih2 aq bleh tido....makkkkkkkkk sadisssss yerrr....
maka ngn jayayer aq kne r pasrah ngn setiap result exam yg bakal aq dapat..walau seteruk mane pon aq kne b'siap dari segi mental dan fizikal..menangis air mata darah sekalipun,keputusan exam tak kan dapat ubah punyer!!! so kne lah berusaha kuat lagi dan buangkan sifat malas..hehehe BERSEMANGAT ATIQAH SAM!!!!

Friday, October 14, 2011

Hidup Baru kAt U




 teruja sangat2 masuk universiti!!! dapat jumpe kawan2 baru, masuk course yg xsangka akan amek kat u..CHEMICAL ENGINEERING?!!!! argh tertekan..subjek2 yg pernh blaja mcm xpernh tgk pon..huhu sangatla sedih..smpai menangis-nangis...nasib baik tak jadi mereng jek..wakaka :-)..gambar2 kat ats ni semuayer kawan2 yg aq jumpe kt UPM..seronok saaaaanggggaaattttt!!! dh ada suka dan duka..jumpe coursemate2..kat sini barulah kenal dak2 matrik johor yg xpernah aq jumpe..hahaha..SAAYYAANGGG KORANGGGGG!!!!

first blogg!!!

wargh!! first time aku buat blog..sebelum ni asyik bukk n bce blog org len jek..so this is my time..hahaha..hmm nk ckp psl pe ek??my life?? cm bosan je..ape pon hidup aku mmg penuh dgn warna warni..ada warna gelap n ada warna yg cerah..