Thursday, February 20, 2014

Aku Masih D'sini

Hai semua. Punyalah lama diri ini tak menjenguk blog. Busy la konon ya.. Hahaha sangat..menyampah dengar.. 


Oh! sekarang aku dah tahun 3 kat UPM ni. Semester ni bakal dilimpahi dengan pelbagai assignment & mini projects. Biasalah lumrah sebagai seorang pelajar. Tak sah kalau takde semua tu. Tapi sesibuk mana pon aq, still layan running man, movie and ext. Chill la, tak nak la stress2 sangat kn. Cepat tua nanti, turunla saham.. Hahahaha... Tak lama lagi nak masuk praktikal. Perghhh punyala cuak bila memikirkannya. Tempat pun tak setel lagi. Aishh.. InsyaAllah adalah rezki diri ini. Mak aq suruh aq mohon kat tempat pak cik aq bekerja. Hmm tak tahu nak respond macam mana. Katanyer, senang nanti bila nak cari kerja. Ntahla... Pabila memikirkan pointer yang ....., hilang kejap arah tuju diri ini. Apepon, kawan aq memang the best! Macam-macam nasihat yang dia bagi di saat aq terasa "down" dalam pelajaran. 

La ni, aq masih tak percaya aq mengambil jurusan kejuruteraan. Rasa macam "impossible", tapi itulah kenyataannya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri ini. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Tak Gitu???

Wednesday, February 22, 2012

Kembali ke kolej

hai semua..walaupun saya dah register masuk ke kolej 4 hari yang lepas tapi boleh dikira baru jugak kan?? hehehe kali ni saya melangkah ke kolej dengan azam yang baru..memandangkan result semester 1 sangat teruk, target kali ini adalah 3.00 ke atas..misi utama adalah untuk mempertahankan purata pointer dan biasiswa JPA yang aku dah dapat..parents aq dah pesan awal-awal lagi.."jangan sampai biasiswa kau kene tarik pulak" aduhai tertekan mendengar..masuk ke sem 2, selepas masuk ke beberapa kelas..aku mula sedar yang subjek untuk semester ni pun agak mencabar..lagi-lagi Thermodynamic..alahaiiiiiii......lecturer yang ajar subjek lan pon boleh dikatakan dahsyt gak...uwaaa dah lme tak dapat lecturer macam ni...ape nak buat sekarang???????

Tuesday, January 3, 2012

Hati YanG RuSuh

Bercampur baur hati aku..ada bengang, sedih, sakit, lelah n macam perkara yang negative..bagaikan semangat atau kata-kata positif dah hilang dari kamus hidup aku..semakin hari aku rasakan bidang pengajian makin susah dan rumit..ayah dan mak kata “biasalah, belajar sesuatu ape yang tak susah? Semuanya susah. Tak de yang senang” memang betul ungkapan mak dengan ayah aku tu.. tapi bagi aku subjek dalam kejuruteraan kimia menjadi makin rumit..dah lama aku tinggalkan mata pelajaran fizik.. siapa yang dapat melawan takdir Allah?? Dia dah tetapkan rezeki, hidup dan mati hambaNya sebelum kita hadir di dunia ini lagi.. aku memulakan karier dalam bidang sains..mengambil mata pelajaran Biologi dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5..kemudian menyambung pengajian dalam bidang sains hayat di Kolej Matrikulasi Johor..sekarang aku di Universiti Putra Malaysia, Serdang mengambil bidang kejuruteraan.. macam sesuatu yang rumit aku rasakan..kelakar dan bingung bila melihat balik perjalanan akademik aku.. Sesungguhnya Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..sepotong dari surah Al-Baqarah “ boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui ,sedang kamu tidak mengetahui ” bahkan kawan aku, Naz Elia Sofea ada member sedikit nasihat..die kate “walauapapun terjadi jangan sesal atau sedih atas apa yang berlaku , ingat, Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita..redha dengan apa yang terjadi kerana Allah akan bukakan kita jalan keluar jika kita redha dengan ketentuanNya..aku yakin kau boleh!!! ” bila aku renung kembali nasihat dia tu baru aku sedar, adakah aku masih tidak redha dengan apa yang telah Allah aturkan untuk aku?? Masih mengeluh dengan nasib diri?? Lalainya aku dalam memikirkan hal tersebut..aku kata nak cemerlang tapi perlakuan aku langsung tak menuju ke arah itu..aku rasa serba salah sangat pada mak dan ayah kerana mereka begitu memasang angan-angan yang tinggi untuk melihat aku Berjaya dalam pelajaran..tapi malangnya aku alpa dan lalai..bahkan aku begitu malu untuk meminta pada Allah kejayaan dalam peperiksaan kali ini, memandangkan usaha aku yang tak seberapa..sedangkan Allah akan memberikan kejayaan apda hambaNya yang rajin berusaha..asyik menghadap laptop, sibuk dengan perkara lain yang tidak penting.. memang teruk aku ni..itulah satu perkara yang aku sedar saat ini..atau lebih tepat lagi sepatutnya aku sedar dari dulu lagi..ayah hantar mesej “ yakin boleh” “ berdoa adalah kekuatan” aku rasa sangat sebak bila membacanya..menunjukkan ayah begitu mengharap aku berjaya dalam peperiksaan..begitu juga sewaktu aku mengambil SPM..ayah datang dari rumah untuk berjumpa aku sebelum peperiksaan bermula tapi malangnya peperiksaan dah bermula..aku tak dapat berjumpa dengan ayah..hati aku begitu terharu dan sangat sedih bila mengenangkannya.. begitulah kasih seorng ayah.. memandangkan aku adalah anak sulung..maka aku perlu menunujukkan contoh yang baik untuk adik-adik à itu pesan emak..emak mahukan aku menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab..kadang-kadang aku rasa beban menjadi anak sulung..perlu menjadi contoh tauladan..sedangkan aku tak lah sehebat dan sebagus mana pun.. semangat aku semakin pudar tika ini..hilang semangat juang yang pernah aku bawa di matrikulasi dulu..tak tahu ke mana menghilangnya semangat itu?? Aku bagaikan layang-layang yang putus talinya..terbang ke mana saja arah angin bertiup.. aku cemburu melihat rakan-rakan yang berjaya..tapi aku masih buntu dengan jalan hidup aku…..entah bila agaknya hati yang rusuh ini akan dapat di damaikan?????

Sunday, January 1, 2012

SeLamaT TahUn BarU

Wahh 2011 suda melabuhkan tirai semalam..sekarang kite di tahun 2012..Alhamdulillah aq masih bernafas lagi ketika ini untuk menikmati permulaan tahun 2012..tepat kul 12.00 a.m tros dengr bunyi bunga api..huuu nak tgk!! tp xdpt..ala dapat dgr pon okey gak..heeeee....tapi xbestla sebb sambut kat kolej...dah tu dalam bilik pulak tu n keseorangan...uwaaaa sedihnyer idop...huk huk huk..HAH!! setiap orang pasti ada azam biler thn baru..betol x??? hahaha aq?? hmm ade ker? xperasan pulak..hahaha oh ye aq azam yer aq nak kekalkan biassiwa JPA..makanya aq knelah study hard n smart untuk pertahankan biasiswa tu..dannnn jalan penyelesaiannya kenelah aq dapat excellent result..huhuhu cam susah je nk capai..ALAMAK!!!! sekarang pon dah ting tong belajar..carry mark aq pon cukup2 makan tuk lepas separuh daripd 60%..aiyooooo ape mau jadi ini orang...mak aq dah pesan awal2 dapatkan pointer 3.00 dan ke atas..haih abesla aq..pegawai JPA pon dh pesan..kalau x syrat amaran sampaila kt umah..huuuu abesla mak ayah aq bce...uwaaaaaaa..aq rse belajar engineering adalah sush..dah la skill math aq makin teruk..ni semua salah kat matrik la..dari situla aq dh kurang minat terhadap matematik..final exam sem 2 pon mampu dapat B+ jek..pergh teruk an..tambah parah lagi aq xminat FIZIK!!! mampus la aq..nme je bacelor chemical engineering..tapi hapak la..sket je blaja kimia..yang lain FIZIK woo~ woo~...ape nak buat ni?? ape jalan penyelesaian pd probs aq ni..aq rse skunk sush nk bw course ni.......dgn subjek yg mmg aq rsekan ada peluamg tuk aq repeat lg skali..arghhh X NAK!!!! sangat tertekan...ari selasa ni dah start minggu exam...hmm apela result aq nnt....................

Monday, December 19, 2011

SimPAn Atau LuahKAn?


ish pening kepala aq ni..bila ada masalah jek,muka terus kerut seribu..huhu memang tak pandai nk sembunyikan perasaan betul..hmm cmne ek? orang kate kalau tak diluahkan, asyik disimpan dalam hati,  akhirnye nanti memakan diri..silap haribulan meletup, bom yang jatuh kat Hiroshima dan Nagasaki pon kalah..hahaha biasanya adik aq senang nk perasan yang aq tengah bad mood..hihihi yeah that's my sis..macam perkara yang berlaku hari ni..kengkawan aq lambat siap..aq pulak dah tunggu kat stesen bas..nk dijadikan kisah kiteorng kne tinggal dek bas..sebabyer dh smpai mase bas tu nk bergerak..sebelum tu aq dah ada perancangan sendiri..kononnyer nak beli surat khabar n beli air Dutch Lady Chocolate..uwaaaa akhirye rancangan aq gagal..memang terbaikla..nk menangis gak r..bukan dh nak yer, mmg dh nangis pon..huuuu terus jek aq call adik aq..borak2 ngn die sekejap..semata-mata nak meredakan diri seketika..hihiii tapi ada seorang  membe aq tanye.."kenapa sam? ada masalah ker? cerita lah?" jawapan yang aq mampu jawab hanyalah "tak de pape, cume geram dengan seseorng" hmm sori ye kawanku, aq xmampu nk luahkan kemarahan tu..nanti ada yang tersentap..aq xmampu nk luahkan macam mne lagi..haih =.=' aq ada gak terjebak ngn masalah yang melanda antara coursemate aq ngn membe aq sndri a.k.a roomate die..hmm xtau nk baikkn dierong cmne..skunk mmg dah tak sebulu langsung..asyik nak gaduh jek..haih..bak kate Atikah Rasid, xyahla kite nak masuk campur urusan orang lain..cukuplah sekadar mendengar luahan mereka sahaja..xpasal pasal aq yang jadi musuh baru dieorang..uwaaaaaa xnk cmtu..aq yang tersepit..apakah caranya mengatasi masalah ni????


Thursday, December 15, 2011

Nak Kurus..

5 HELAH UNTUK MENGURUSKAN BERAT BADAN 
Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda berjaya mengurangkan berat badan? 
1.Menghidu makanan-Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu. 
2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda-Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai. 
3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru-Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda. 
4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil-Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan. 
5.Ikat seutas benang pada bahagian perut-Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi. 

Sunday, December 11, 2011

TerKejut Den!

baru-baru ni saya mengenali seseorang di laman muka buku atau name popularnye 'facebook'..seseorang saya kira agak special kerana die adalah orang pertama yang begitu berterus-terang dan jujur..tapi sebelum kenal die dengan dengan lebih mendalam saya meminta sedikit tunjuk ajar dari seorng rakan..rakan yang boleh sifatkan begitu suka online dan mungkin dah menghadapi pelbagai orang di laman sesawang internet..saya utarakan mengenai orang tersebut..tenyata rakan ini sangat membantu..really thankful to her!!! hehehe kembali kepada topik asal :
orang yang saya baru kenali tu ajak saya keluar untuk bertemu dengannya..uwaaaaaa saaaannnggggaaattttt la takut..saya bukanlah jenis orang yang suka bertemu dengan insan yang tak dikenali tanpa sebarang urusan yang penting..tapi ini bukanlah masalah yang utama..apepon saya tolak ajakan die..the main point is dia ada bertanya satu soalan CEPU EMAS..tak pernah terlintas pon die akan tanye perkara tu..soalannya "awak pernah buat dengan lelaki?" oh no! saya sangat terkejut..kemudian saya tanya soalan yang sama kepadanya..ternyata die menjawab dengan begitu jujur..awalnya saya nak buat cool je..saya mengorek sedikit perihalnya..lama kelamaan saya tak mampu untuk bertahan..saya luahkan segalanya..die kate "awak tak kan dapat menerimanya" memang tepat sekali..umumnya semua orang tahu, melakukan perkara sedemikian adalah BERDOSA BESAR..cume saya berharap die berubah ke arah kebaikan..walau apepun saya rase sangat berterima kasih sebab die sudi berterus terang dengan saya..bak kata dr.Thomas Leong, adalah lebih baik kite mengetahui sesuatu perkara itu di awalnya..sekurang-kurangya tidaklah begitu pahit untuk menerimanya..heeee

untuk orang tersebut, "saya minta maaf sangat2..mungkin kerana membesar dalam persekitaran yang umumnya dikelilingi dengan rakan2 yang boleh dikategorikan baik, saya sukar menerima perkara tersebut..mudah-mudahan terbuka hati awak untuk berubah..hubungn kita tak kan pernah lebih daripada rakan di alam maya sahaja..saya xmampu nk face to face dengan awak..tapi kite tetap kawan..kalau nak chatting,saya layan jek..ok? "

sebagai pengajaran pada diri saya, kita kene menjaga diri dengan sebaiknya..tegakkan prinsip sendiri..utamanya agama perlu dijaga ,akhlak perlu dipelihara