Tuesday, January 3, 2012

Hati YanG RuSuh

Bercampur baur hati aku..ada bengang, sedih, sakit, lelah n macam perkara yang negative..bagaikan semangat atau kata-kata positif dah hilang dari kamus hidup aku..semakin hari aku rasakan bidang pengajian makin susah dan rumit..ayah dan mak kata “biasalah, belajar sesuatu ape yang tak susah? Semuanya susah. Tak de yang senang” memang betul ungkapan mak dengan ayah aku tu.. tapi bagi aku subjek dalam kejuruteraan kimia menjadi makin rumit..dah lama aku tinggalkan mata pelajaran fizik.. siapa yang dapat melawan takdir Allah?? Dia dah tetapkan rezeki, hidup dan mati hambaNya sebelum kita hadir di dunia ini lagi.. aku memulakan karier dalam bidang sains..mengambil mata pelajaran Biologi dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5..kemudian menyambung pengajian dalam bidang sains hayat di Kolej Matrikulasi Johor..sekarang aku di Universiti Putra Malaysia, Serdang mengambil bidang kejuruteraan.. macam sesuatu yang rumit aku rasakan..kelakar dan bingung bila melihat balik perjalanan akademik aku.. Sesungguhnya Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..sepotong dari surah Al-Baqarah “ boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui ,sedang kamu tidak mengetahui ” bahkan kawan aku, Naz Elia Sofea ada member sedikit nasihat..die kate “walauapapun terjadi jangan sesal atau sedih atas apa yang berlaku , ingat, Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita..redha dengan apa yang terjadi kerana Allah akan bukakan kita jalan keluar jika kita redha dengan ketentuanNya..aku yakin kau boleh!!! ” bila aku renung kembali nasihat dia tu baru aku sedar, adakah aku masih tidak redha dengan apa yang telah Allah aturkan untuk aku?? Masih mengeluh dengan nasib diri?? Lalainya aku dalam memikirkan hal tersebut..aku kata nak cemerlang tapi perlakuan aku langsung tak menuju ke arah itu..aku rasa serba salah sangat pada mak dan ayah kerana mereka begitu memasang angan-angan yang tinggi untuk melihat aku Berjaya dalam pelajaran..tapi malangnya aku alpa dan lalai..bahkan aku begitu malu untuk meminta pada Allah kejayaan dalam peperiksaan kali ini, memandangkan usaha aku yang tak seberapa..sedangkan Allah akan memberikan kejayaan apda hambaNya yang rajin berusaha..asyik menghadap laptop, sibuk dengan perkara lain yang tidak penting.. memang teruk aku ni..itulah satu perkara yang aku sedar saat ini..atau lebih tepat lagi sepatutnya aku sedar dari dulu lagi..ayah hantar mesej “ yakin boleh” “ berdoa adalah kekuatan” aku rasa sangat sebak bila membacanya..menunjukkan ayah begitu mengharap aku berjaya dalam peperiksaan..begitu juga sewaktu aku mengambil SPM..ayah datang dari rumah untuk berjumpa aku sebelum peperiksaan bermula tapi malangnya peperiksaan dah bermula..aku tak dapat berjumpa dengan ayah..hati aku begitu terharu dan sangat sedih bila mengenangkannya.. begitulah kasih seorng ayah.. memandangkan aku adalah anak sulung..maka aku perlu menunujukkan contoh yang baik untuk adik-adik à itu pesan emak..emak mahukan aku menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab..kadang-kadang aku rasa beban menjadi anak sulung..perlu menjadi contoh tauladan..sedangkan aku tak lah sehebat dan sebagus mana pun.. semangat aku semakin pudar tika ini..hilang semangat juang yang pernah aku bawa di matrikulasi dulu..tak tahu ke mana menghilangnya semangat itu?? Aku bagaikan layang-layang yang putus talinya..terbang ke mana saja arah angin bertiup.. aku cemburu melihat rakan-rakan yang berjaya..tapi aku masih buntu dengan jalan hidup aku…..entah bila agaknya hati yang rusuh ini akan dapat di damaikan?????

1 comment:

  1. dear sahabatku g sentiasa di ht. tp selalu terlupa nk tag kt fb. hehe.. sorry pasal tu. hmm.. aku pun rs cm kau rasa gak.. tp aku tk tau dr mana tbe2 smngt aku unt bangkit tu dtg. tbe de kata2 suntik smngt tngiang2 kt kepala aku. aku share kt kau eh. harap kau pegang kata2 smngt aku ni. and for info, aku tulis kata2 ni kt ktas kecik and aku ltak kt blkg cover hp aku supaya aku blh bc hr2 ms aku bosan.. ni ayt nyaa. :

    'Kalau kau tak layak dengan course ni, kenapa kau diberi amanah, diberi peluang untuk belajar course ni? Org yg bg offer course ni sbnrnyaa tau kemampuan kau. Beliau percaya kau blh bwk semua subject yg ditawarkan dlm course ni. eventhough kau rs kau tak blh bwk, tp dgn smngt dn kesungguhan kau, kau blh bwk sbnrnyaa course ni. Andai gagal. Itu bukan kegagalan. itu satu pengajaran. Untuk kita menjadi org yg lebih cemerlang dr org lain. believe i yourself, and bare in mind, Allah knows the best for you.'

    aku de tmbh bny ayat2 bunga2. hehe. bg sodap sikit. so, basically, kau blh buat, Allah tau kau blh buat. good luck syg. dn siapa kata kau tak berjaya. menjadi seorang mahasiswa adalah salah satu kejayaan terbesar dlm hidup kita okay. you're moving a few steps to a big success. you can do it! Kalau aku, Naz Elia Sophea percaya pd kemampuan kau, kau pun kna percaya pd kemampuan diri sendiri okay.. :) Till then, good luck and take care.. miss you. hope you miss me like i do. hehehe

    ReplyDelete